Tuesday 18 October 2011

Nasihat Nabi Adam A.S.

Nabi Adam a.s. memberi lima nasihat kepada puteranya, Nabi Syits a.s.. 
Dinasihatkan pula lima hal itu kepada generasinya. Lima nasihat itu adalah :-

1) Janganlah kamu berpuas hati dengan dunia.
    Aku telah berpuas hati dengan surga yang di dalamnya terdapat kehidupan yang kekal, 
    akan tetapi Allah tidak menyukainya, maka aku telah dikeluarkan dari dalamnya.

2) Janganlah kamu berbuat sesuatu atas kehendak isterimu.
    Aku telah menuruti keinginan isteriku, iaitu memakan buah khuldi, yang dengan sebab itu aku
    mendurhakai Allah.


3) Berfikirlah dahulu sebelum kamu berbuat sesuatu.
    Jika dahulu aku memikirkan tentang akibat dari perbuatanku, tentu aku tidak akan menyesal 
    di hari kemudian.

4) Janganlah kamu melakukan sesuatu perbuatan yang kamu merasa ragu atasnya.
    Ketika aku memakan buah khuldi, aku pun merasa ragu. Namun kerana tidak berhati-hati, 
    maka aku telah menyesal.

5) Bermusyawarahlah mengenai hal-hal yang penting.
    Jika dahulu aku bermusyawarah dengan para malaikat, tentu aku tidak akan mengalami kesulitan.


Demikianlah lima nasihat Nabi Adam a.s., jika kita dapat mengambil pelajaran darinya, 
InsyaAllah kita tidak akan salah melangkah.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.