Tuesday 9 August 2011

Kelebihan Istighfar - Mendapat Anak

Ada seorang lelaki berkata kepada Hasan “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lalu memohon keampunan dan seterusnya?”

Hasan menjawab "Syaitan sangat berharap dia berjaya menggoda kamu. Oleh itu jangan kamu meninggalkan istighfar selama2nya”



Dalam Musnad Abu Hanifah disebut sebuah riwayat dari Jabir bin Abdullah. Suatu hari ada orang datang berjumpa Rasulullah dan berkataWahai Rasulullah aku sama sekali belum diberi rezeki berupa anak dan aku tidak memiliki anak.” Rasulullah berkata “Di mana kamu memperbanyakkan istighfar dan sedekah, maka kamu akan diberi rezeki lantaran kedua2nya.”

Lelaki itu buat seperti disuruh dan akhirnya dikurniakan 9 orang anak lelaki.

Dalam salah satu ceramahnya Syeikh Aidh al-Qarni ceritakan bahawa ada seorang wanita mandul yang tidak boleh mempunyai anak. Semua doktor dan ubatan2 tidak berkesan. Wanita itu bertanya seorang ulama yang menyarankan kepadanya untuk perbanyakkan istighfar. Wanita itu kemudiannya dikurniakan anak.

Taatnya seorang isteri kerana Allah S.W.T. dan RasulNya



Isteri yang solehah adalah isteri yang taat, yang tahu berusaha memikat hati suaminya dan menjaganya dari fitnah-fitnah dunia, agar suaminya merasa puas tanpa harus melihat atau melirik wanita lain selain isterinya. Dia selalu membahagiakan suaminya saat suaminya berada di rumah dan menjaga dirinya saat suaminya pergi. Perilaku dan ketaatan seorang isteri seperti inilah akan selalu terbayang oleh suami, sehingga membuat rasa rindu semakin bergejolak, ketika suami pergi jauh maka suami ingin cepat kembali pulang kerana hanya ada isterinya di hati dan tidak akan berpindah ke lain hati.

Rasulullah SAW bersabda ,"Empat jenis wanita (isteri) yang berada di dalam neraka adalah :
1) Isteri yang berkata kotor kepada suaminya, ketika suaminya tidak ada di rumah dia tidak menjaga dirinya, jika bersama suaminya dia memarahinya.
2) Isteri yang memaksa suaminya untuk memberikan apa yang di luar kemampuan suaminya.
3) Isteri yang tidak mempunyai tujuan hidup kecuali makan, minnum, tidur dan tidak taat kepada Allah SWT serta tidak berbakti kepada suaminya.
4) Isteri yang tidak menutup dirinya dari kaum lelaki dan keluar rumah dengan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikan dirinya (untuk menarik kaum lelaki).

Isteri yang solehah selalu taat dan menggunakan sebahagian besar waktunya untuk urusan rumahtangga dan sering berada di rumahnya, beramal ibadah dan mendidik anak-anaknya, ikhlas dan senang hati menyibukkan dirinya pada tugas-tugas rumahtangga dan keluarga serta memberikan perhatian penuh pada khidmat kepada suaminya. Maka kesibukan isteri demikian akan mendatangkan pahala besar padanya sama dengan mereka yang berjuang fisabilillah.

Isteri yang memiliki sifat-sifat ketaatan ini akan memperoleh darjat yang terpuji di sisi Allah SWT, sesungguhnya akan menjadi isteri sebagaimana yang digambarkan Rasulullah SAW sebagai Almaratus shalihat dan merupakan harta yang tidak ternilai dari semua harta dunia.

Rasulullah SAW bersabda,"Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya redha terhadap pemergiannya, maka dia akan masuk syurga." (Hadith riwayat Tirmizi, Ibnu Majah, Hakim, baihaqi, Thabarani.)

Seorang wanita datang mengadap Rasulullah SAW lalu berkata,"Ya, Rasulullah, saya adalah wakil dari kaum wanita untuk mengadap tuan. Berperang itu diwajibkan oleh Allah SWT hanya atas kaum lelaki, jika mereka terkena luka maka akan mendapat pahala, dan kalau terbunuh maka mereka akan tetap hidup di sisi Allah. Dan kami kaum wanita selalu melakukan kewajipan terhadap mereka melayani dan membantu keperluan mereka, maka bagaimana kami kaum wanita jika ingin mendapatkan pahala seperti mereka?"

Maka Rasulullah SAW bersabda,"Sampaikan kepada semua wanita yang kamu jumpai bahawa taat pada suami dengan penuh kesabaran maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah SWT, tetapi sedikit sekali kaum wanita atau isteri yang mengamalkannya."

Di bawah ini keutamaan seorang isteri yang taat dari hadith dan firman Allah SWT, juga sikap-sikap dan sifat-sifat wajib untuk dimiliki oleh seorang isteri serta beberapa ayat hadith antara lain :
1) Yang utama adalah taat kepada suami, jujur, sabar, khusyu' beribadah, suka berkhidmat.
2) Pandai mendidik anak-anak secara Islami, dan menutup aurat.
3) Merendahkan pandangan di hadapan suami.
4) Ikhlas dengan suami yang Allah SWT pilihkan untuknya.
5) Tidak khianat terhadap suami ketika suami keluar rumah dan menjaga harta suami.
6) Meminta izin suami kalau keluar rumah (jika keluar rumah tanpa izin suami maka akan dilaknat malaikat)
7) Ketika suami berbicara dengarkanlah dengan baik, diam dan tidak memotong pembicaraannya.
8) Selalu bersyukur dengan keadaan suaminya, walaupun dimarahi tidak boleh menjawab dan diam mendengarkan dengan sabar.
9) Cepat bertindak ketika suami berhajat kepadanya walaupun dalam keadaan letih.
10) Menunaikan hajat suami saat sibuk atau bila-bila masa saja.
11) Memenuhi keperluan suami dengan baik, mengutamakan kehendak suami daripada anak-anaknya.
12) Menerima pemberian suami baik sedikit mahupun banyak dengan rasa senang dan ikhlas.
13) Ketika berhadapan dengan suami selalu bermanis rupa, memakai wangi-wangian dan membersihkan mulut serta lebih suka berada di rumahnya.
14) Memuliakan dan menghormati kedua orang tua dan keluarganya.
15) Senantiasa setia kepada suami saat senang dan susah.
16) Selalu memohon maaf kepada suami.
17) Selalu mendahulukan suami dalam segala hal dan keadaan.
18) Menjaga ketenteraman hati suami dengan menunjukkan sikap gembira dan senang.
19) Menjaga harta suami dengan baik dan tidak mengkhianatinya.
20) Menjaga kerapian rumah dan menyiapkan makanan dan membuat air minum ketika ia pulang.
21) Memahami perasaan suami suka duka bersama, menyenangkan suami sama dengan menyenangkan Allah SWT.
21) Mendoakan dan tidak menyusahkan suami dalam segala hal peribadi.
22) Tidak mengadukan kelemahan atau keburukan suami kepada ibu bapa, kawan-kawan atau orang lain.
23) Sebaiknya tidak menghias diri ketika keluar rumah kerana kecantikan isteri hanya untuk suaminya saja bukan untuk orang lain.
24) Menerima dengan baik dan menghargai pemberian suami pada saat suka atau tidak suka.
25) Tidak berbicara kasar atau bersuara tinggi apalagi marah kepada suami di depan anak-anak atau keluarga lainnya.
26) Membela dan membenarkan suami di depan orang lain walaupun dengan keluarga sendiri.
27) Hendaklah isteri bersikap malu pada suami
28) Merasa cukup dengan apa yang ada, selau bersikap sayang dan selalu merasa dirinyalah yang salah dengan senang dan ikhlas.
29) Tidak menggunakan harta suami tanpa izinnya
30) Mengatur rumahtangga, membersihkan, menyiapkan makanan, mencuci pakaian, menjahit pakaian.
31) Mendidik anak-anaknya dengan agama dan selalu belajar ilmu agama.
32) Pastikan seorang isteri dengan senang hati dan ikhlas lahir batin bahawa dirinya adalah milik dan hak suaminya dalam ketaatan dan melayaninya untuk menginginkan keredhaan semata-mata kerana Allah SWT.
33) Seorang wanita yang solehah akan lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki yang soleh
34) Seorang wanita yang jahat akhlaknya lebih buruk daripada 1,000 orang lelaki yang buruk akhlaknya.
35) Seorang ibu yang meninggal dunia pada masa 40 hari setelah melahirkan anaknya, maka ia akan mendapat pahala syahid.
36) Semua penghuni syurga akan menemui Allah SWT, sesuai amalan baiknya, tetapi seorang isteri yang memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan suaminya( muhrimnya) maka Allah SWT sendiri yang datang padanya.
37) Dua orang yang solatnya tidak akan naik melebihi kepalanya dan tidak sampai kepada Allah SWT adalah seorang budak yang tidak patuh kepada tuannya dan seorang isteri yang tidak taat kepada suaminya.
38) Sesungguhnya semua burung di udara, ikan-ikan di laut dan malaikat di langit memohon ampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya dan senantiasa dalam keredhaan suaminya. serta barangsiapa di kalangan isteri yang tidak berbakti kepada suaminya maka dia akan mendapat laknat dari Allah SWt, malaikat dan semua manusia.
39) Barangsiapa di kalangan isteri yang bermuka masam di hadapan suaminya, maka dia dalam kemurkaan Allah SWT, sampai dia membuat suasana yang menggembirakan bagi suami dan memohon keredhaannya.
40) Sesungguhnya Allah SWT membenci dan tidak memandang seorang isteri yang tidak menyayangi suaminya dan menghina pengorbanan suaminya serta tidak berterima kasih kepada suaminya padahal dia masih memerlukan suaminya, maka Allah SWT akan melaknatnya.
41) Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya kecuali melaknatnya.
42) Urusan pertama yang ditanyakan kepada isteri pada hari kiamat nanti mengenai solatnya dan mengenai urusannya dengan suaminya (apakah melaksanakan kewajipan kepada suami atau tidak)
43) Sebaik-baik isteri adalah apabila diberi dia bersyukur dan bila tidak diberi dia bersabar, suami senang bila memandangnya dan dia taat bila disuruh suaminya.
44) Tentunya sebagai isteri yang taat selalu menjaga agar tidak berselisih dengan suaminya, jika merasa bersalah selalu menerima teguran atau nasihat suaminya. Lalu segera memperbaiki diri, bertaubat, beristighfar kepada Allah SWT hendaklah jangan sekali-kali isteri melontarkan ucapan kotor dan menyakitkan hati suaminya.
45) Perumpamaan seorang wanita yang memakai wangi-wangian dan berjalan ditengah keramaian lelaki (yg bukan muhrimnya) seperti ia telah berzina dan seperti kegelapan pada hari kiamat tidak ada cahaya baginya.(Misykat)
46) Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya ketika di dunia kecuali bidadari di syurga yang akan menjadi isterinya dan berkata,"Janganlah kamu menyakiti. sesungguhnya suamimu hanya sementara di sisimu dan sebentar lagi ia akan datang kepada kami." (H.r Tirmidzi. 3/1174)
47) Penyebab utama kebanyakan wanita yang menghuni neraka adalah keengkaran mereka terhadap kurnia yang diperoleh dari suami mereka. Andaikan seorang suami telah berbuat berbagai macam kebaikan kepada sang isteri selama bertahun-tahun, kemudian sang isteri melihat satu kesalahan pada diri sang suami, pasti akan berkata,"Belum pernah aku melihat satu kebaikan pun darimu." (H.R Bukhari).

"Isteri yang menjaga solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kemaluan dan mentaati suami. nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga."(H.R Ibnu Hibba)

"Seorang isteri mendirikan solat lima waktu di rumahnya, kerana solatnya wanita di rumah lebih utama daripada solatnya di masjid dan solat wanita di kamarnya lebih utama daripada solatnya di rumahnya. "(H.R. Ibnu Hibba)

"Maka isteri yang taat lebih seriing berada di rumahnya, dan jarang keluar rumah, kecuali dalam keadaan mendesak" (Qs al Ahzab 33), dan wanita yang sering keluar rumah dapat membawa keburukan dan fitnah (al Ghazali)

Monday 8 August 2011

TAKAZA AGAMA Vs TAKAZA DUNIA

Dipetik dari blog seorang hamba Allah, untuk ku kongsi-renungkan, bagi sesiapa yg nak merenungkan..

 

APABILA TAKAZA AGAMA (KEPERLUAN AGAMA) HENDAK DIBENTANGKAN KE HADAPAN :

“sayang, abang nak kuar 3hari hujung minggu ni”
“Boleh tak tangguh dulu keluar BERDAKWAH tu sementara? Ayang tengah sarat mengandung ni, tengah tunggu hari jer, kalau abang keluar siapa nak hantar ke Hospital?…lagipun abang kan selalu juga keluar, Kali ni tak keluar takpela…ALLAH FAHAM..” Dan si isteri mencebik bibirnya…
“Abah, saya nak keluar belajar buat usaha agama ni 40 hari je..”
“ Tak payah !!….abah kan tengah sakit ni, takde siapa nak jaga abah…” Dan si ayah mula terbatuk-batuk…
“Ibu, saya nak keluar ni buat usaha agama, tak lama 4bulan je..”
“4 bulan kau cakap tak lama? Kalau kau keluar bukannya dapat duit pun. Lagipun bini kau tu tak lama lagi nak bersalin tu, kau tak kesian ke?”
Dan Si Ibu mula menangis…..

ADUHHHH…. Hancur luluh hati dan perasaan….setiap baris ayat bagai pisau yg menghiris hati dan perasaan yg berkobar-kobar dan membara untuk mencari hidayah Allah…mengusahakan iman dan amal yg semakin pudar... begitulah hari ini apabila TAKAZA AGAMA hendak dikedepankan, BERMACAM ujian dan dugaan menimpa…tetapi kalau dikedepankan TAKAZA DUNIA :

“sayang, abang nak ke Brazil ni minggu depan, ada projek juta-juta punya. Mungkin 4 Tahun abang kat sana”
“Alhamdulillah, pergi la bang..jaga diri baik2..”
“Eh…tapi ayang kan sedang sarat mengandung sekarang ?”
“Takpe lah bang,ALLAH JAGA KAMI MACAM ALLAH JAGA SITI HAJAR DAN ISMAIL DI PADANG PASIR DULU,INSYALLAH…abang kan kerja untuk KEHIDUPAN kita yg lebih baik. Pandailah ayang jaga diri..lagipun IBU kan ada” Dan Si isteri mencium tangan si suami…
“Abah, Esok saya nak ke Amerikalah, ada projek mega kat sana..”
“OOOhhh…Pergilah nak…berapa lama kat sana?”
“Lama juga abah, lebih kurang 7Bulan…Tapi abah macamana, abah kan sakit tenat sekarang?”
“Takpelah….abah boleh jaga diri sendiri..lagipun mak kau kan ada…pergilah..LAMA-LAMA pun takpe..” Dan Si Ayah memeluk anaknya…
“Ibu, saya nak ke Jepun la, nak kerja kat sana…tapi 4Bulan kat sana…ibu macamana nanti kalau saya takde?”
“MACAM TU LA ANAK IBU.. pergilah cari rezeki NAK,IBU RESTUI…kumpul duit banyak2 untuk masa depan kamu. Nanti yg SENANG kamu juga.. Bini kau biar IBU yg jaga..jangan risau..” Dan Si Ibu mencium dahi anaknya…

Hmmmmm…beginilah lumrah MANUSIA….KEUNTUNGAN DUNIA yang sangat sementara ramai yg tahu NILAINYA..namun KEUNTUNGAN AKHIRAT yang kekal, tak ramai yang tahu NILAINYA….Cuma akan diketahui dan diyakini dengan sebenarnya apabila sudah tiba di dalam KUBUR….

“ Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang2 yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina), sambil merayu:” Wahai Tuhan kami,kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal2 yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin” (As-Sajdah : 12 )

"Kejayaan Manusia, Hanya Dalam Agama. Sejauh Mana Dapat Taat Perintah Allah, Dan Hidup Ikut Cara Nabi SAW" Insya Allah. "

Syeikh Nuruddin al Banjari - Jemaah Tabligh

Penerangan no.1

Penerangan No.2(sambungan)

Orang Tabligh..

Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama, Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde, kalau kita tak buat, sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia, bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap..adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori, bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!
"Jgn la mcm tu bang, kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok, sapa yg rugi?Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,Sedih bila diperli,sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah, bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) , bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,Fikir risau,camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??
"Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,"I can't go..sorry!
"Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!
"Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon, jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),"
"no prob.,anytime kami ready!"Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,Heh..ni la realiti,
Bab dunia, tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat x kesah,x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,

Bukan nak takhta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang. ..pakai selipar jepun sahaje...
Ikhlas,..no sponsor....no subsidy.....passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar, macam pengantin baru...sama seperti balik dari fardhu haji..
Sayangkan bini tingal-tinggalkan. .sayangkan anak..rotan digantungkan..
Sunnah nabi..bukan untuk mendera..speed limit sahaja.
Kenapa sibuk dakwah orang..keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. , anak isteri tak mau ikut...kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...tak buat dakwahlah Nabi..
Tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah, tak de ilmu,compang camping kah, berbaulah..
Itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers. You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah..
if he waits tunggu complete ilmu, he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,M'sian, New Yorkers & Palestinians duduk makan satu talam in Nizamuddin..

(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)

Aku suka betul dgn karya ni..Berkali-kali baca pun tak boring..
Ya Allah Istiqomahkan aku dlm usaha ini,
Sampai aku tiada lagi..

Sunday 7 August 2011

Sekadar renungan....

✿ Bergunung manapun harta, bukanlah kaya, jika miskin budi bahasa..*~
Segagah manapun diri, bukanlah pahlawan, jika nafsu tidak dapat dilawan..*~
✿ Secantik manapun rupa, bukanlah ratu, jika buruk tingkah laku..*~
✿ Setinggi manapun darjat, bukanlah mulia, jika tiada iman didada..*~
✿ Melangit manapun ilmu, bukanlah bijaksana, jika tidak diamal dan diguna..*~
✿ Sealim manapun diri, bukanlah ulama', jika takbur dan riak..*~

Saturday 6 August 2011

Apa yang dibuat jemaah TABLIGH ketika mereka keluar di jalan Allah ?




Author: GOTABLIGH.COM  //  Category: Artikel Tabligh
by chandra in JAMA’AH TABLIGH

Mereka menghidupkan amalan Nabi secara menyeluruh yakni Dakwah, Taklim wa Ta’allum, dan Tazkiyyah.
Sesuai ayat :
Ya Tuhan kami, utuslah seorang Rasul ditengah-tengah mereka yang berasal dari diri mereka sendiri (yang tugasnya) membacakan ayat-ayat Engkau (DAKWAH), mengajarkan kepada mereka ALKITAB dan ALHIKMAH (Taklim wa Ta’allum) dan Tazkiyyah (Dzikir Ibadah dan Khidmat), Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana (AL Baqarah : 129)

Doa di atas adalah doa Nabi Ibrahim ketika selesai membangun Ka’bah sehingga mereka katakan : Inilah amalan masjid yang diinginkan Ibrahim as.

Mereka membagi waktu khuruj dengan tertib sebagai berikut :

4 Jam untuk Dakwah, yang terdiri dari :
1. Jaulah Umumi, yakni jumpa seluruh orang kampung
2. Jaulah Khususi, yakni jumpa orang perorang sebagaimana kedudukan orang yang didatangi  misalnya : ulama atau umara.
3. Jaulah Taklimi, yakni mereka berkeliling untuk ajak orang kampung duduk di majlis taklim fadhilah  amal  yang mereka buat.
4. Jaulah Tasykili, yakni mereka datang ke tempat orang yang ada simpati setelah mendengar bayan-bayan (penjelasan) mereka.
5. Jaulah Ushuli, yakni mereka datang kepada orang yang niat keluar bersamaan dengan kepindahan mereka ke kampung lain.

4 Jam mereka gunakan untuk Taklim, yang terdiri dari :
1. Taklim Kitabi
2. Taklim Halaqah Al Quran
3. Taklim Enam Sifat
4. Mudzakarah Adab-Adab Sunah Sehari-hari
5. Taklim Infiradi, yakni membaca buku yang mereka bawa di luar amalan ijtima’i

4 Jam Mereka gunakan untuk Dzikir Ibadah, yang terdiri dari :
1. Sholat berjamaah
2. Sholat-sholat sunnah
3. Dzikir Pagi Petang
4. Sholat Tahajud dan Doa Hidayah dimalam hari
5. Tilawah Al Quran
6. Doa-doa masnunah

4 Jam mereka gunakan untuk Khidmat, yang terdiri dari :
1. Khidmat kepada Amir
2. Khidmat kepada Jemaah
3. Khidmat kepada orang kampung
4. Khidmat kepada diri sendiri

Semuanya menyita waktu 16 Jam. Sedangkan sisanya digunakan 6 jam untuk tidur dan 2 jam untuk MCK dan keperluan pribadi lainnya.

Apabila mereka keluar ikut tertib dengan iktu kepada amalan ijtima’I secara full, maka biasanya dengan izin Allah mereka mendapat Ishlah setelah pulang. Bisa jaga shalat berjamaah dan muamalah dan mu’asyarahnya menjadi lebih baik.

Kegagalan orang keluar di jalan Allah disebabkan mereka tidak ikut tertib sehingga tak ada Ishlah dan setelah itu sulit diperbaiki lagi dan jadi HIJAB bagi manusia lain untuk dapat Hidayah.

3 Perkara yang menyebabkan seorang sukses keluar di jalan Allah :
1. Keluar dengan mentaati Amir
2. Keluar dengan tertib di dalam Ijtimaiyyat
3. Keluar semata karena Allah SWT

Apabila orang keluar dengan 3 hal tersebut maka Allah akan beri kepada mereka 2 perkara :
1. Dicabut sifat binatang dari diri mereka
2. Doa mereka akan dikabulkan sebagaimana doa Nabi-Nabi.

Telah banyak bukti perubahan yang terjadi pada orang yang keluar di jalan Allah, mereka yang sebelumnya orang yang rusak agamanya atau sampah masyarakat. Preman, Koruptor, Bandar Narkoba, Artist Pejabat, Anak Menteri, Polisi, Tentara, dsb yang sebelumnya jauh dari agama, mereka kini menjadi Pendakwah, bukan hanya diri mereka baik tapi mereka juga fikir orang lain untuk menjadi baik.

Sehingga ketika Amir mereka Syaikh Maulana Muhammad Yusuf Al Kandahlawi Rah A dikritik orang katanya Jemaah Tabligh hanya Amar Makruf saja tak ada Nahi mungkar. Maka Beliau katakan : Hadits yang menyebutkan : “Jika kamu lihat kemungkaran maka ‘Fal Yughayyir’ yakni rubahlah bukan hancurkanlah maka lihatlah oleh kalian !! Perubahan hidup mereka dari maksiat kepada taat.

ENAM SIFAT JEMAAH TABLIGH
Yang menarik dari Enam Sifat Jemaah Tabligh merupakan ciri kas mereka yang tidak dimiliki oleh Harokah lain. Bahkan Enam Sifat seperti kode untuk membedakan mereka dengan yang lain. Untuk masuk Negara Israel misalnya kebanyakan gerakan Islam tidak boleh tetapi Jemaah Tabligh tak bisa dibendung kehadirannya di Israel karena mereka gunakan Jemaah yang berasal dari negeri yang ada hubungan Diplomatik dengan Israel yakni Singpura, Australia, dsb.

Untuk bedakan Jemaah Tabligh atau bukan maka orang Israel uji mereka di Bandara dan Perbatasan dengan SIX POINT / ENAM SIFAT.
Yang menakjubkan banyak ahli Jemaah mereka yang orang-orang Arab, Yordan, Yaman yang sebelumnya menganut WAHABI yakni yang tak mau menerima sesuatu yang tidak ada tuntunan dari AL Quran dan As Sunnah, ketika salah seorang ditanya kenapa terima Enam Sifat ? Mereka katakan bahwa Enam Sifat ada dalam Surat Thaha yakni pesan Allah SWT kepada Nabi Musa as sebelum dakwah kepada Fir’aun, Samiri, Hamman, Baslam, Qorun.
1. Sesungguhnya Aku Allah tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku
2. Dirikan Sholat untuk iangat Aku
3. Pergilah kamu dan saudaramu (Harun as) dengan ayat-ayat Ku dan jangan lupa untuk ingat Aku.
4. Berkatalah kepada Firaun dengan lemah lembut
5. Aku pilih engkau untuk diri Ku
6. Pergilah kamu kepada Firaun karena dia telah melampaui batas

ENAM SIFAT
1. Yakin terhadap hakikat kalimah La ilaha illa Allah
2. Shalat Khusyu’ wal Khudu’
3. Ilmu ma’a Dzikir
4. Ikramul Muslimin (Akhlaq terhadap orang Islam dan Adil terhadap orang Kafir seperti ucapan lemah lembut kepada Firaun)
5. Tashhiihunniyah (Amal Semata karena Allah)
6. Dakwah dan Tabligh

Lihatlah tuan-tuan point enam sifat di atas adakah yang ikhtilaf dengan Al Quran dan Hadits.

JEMAAH TABLIGH SELESAIKAN MASALAH UMMAT DENGAN AMALAN MASJID
Dari Surat Al Baqarah 129 terlihat doa Nabi Ibrahim di Ka’bah / di masjid memohon amal Nabi yakni : Dakwah, Taklim, dan Tazkiyyah. 
Hal ini untuk menghilangkan panyakit asal manusia yakni :
1. Takut kepada selain Allah karena ketika manusia hadir di dunia langsung berhubungan dengan kekuatan makhluk, sedangkan Allah menyempurnakan diri untuk uiji hambaNya.
2. Hidup dengan cara kebiasaan sendiri, karena untuk atasi keadaan hidup yang keras mereka usaha bagaimana bisa bertahan sehingga ketika berhasil maka diyakini sebagai cara hidup yang baik (adat).
3. Memakai hukum selain yang diturunkan Allah SWT, karena berhasil mengatasi persoalan hidup, maka dibuatlah menjadi suatu undang-undang.

Amalan Nabi berfungsi untuk :
1. DAKWAH untuk memasukkan Iman Yakin kepada manusia sehingga keluar kebesaran makhluk dan masuk kebesaran Allah SWT.
2. TAKLIM untuk mengenalkan cara hidup anbiyasehingga merubah cara hidup adat menjadi cara hidup secara Sunnah.
3. TAZKIYAH mensucikan kehidupan manusia dari dosa ketika jumpa dengan Allah. Di zaman Nabi penzina, pencuri, pemabuk datang kepada hukum Islam untuk minta disucikan. Sehingga hukum tegak bukan cari pelaku maksiat tetapi orang datang kepada hukum untuk tazkiyah.

Syaikh Ilyas Rah A katakan amalan masjid / amalan Nabi yakni :
1. Dakwah
2. Taklim wa Ta’allum
3. Dzikir Ibadah
4. Khidmat

4 Penyakit yang menjangkiti Umat :
1. Hubbuddunya (Cinta Dunia)
2. Bodoh dalam agama (Tidak tahu hukum)
3. Maksiat kepada Allah Ijtima’i (bersama-sama)
4. Senang berpecah belah.

Cara Pengobatannya :
1. Jadikan dakwah sebagai maksud hidup umat
2. Taklim wa Ta’allum
3. Dzikir Ibadah (Sholat mencegah Fahsya dan Mungkar)
4. Khidmat kepada orang Islam

PROGRAM JAULAH
Jaulah adalah tulang belakang Dakwah,karena semua anbiya’ mengadakan jaulah / keliling jumpa manusia. Jaulah merupakan kumpulan usaha / amal Nabi yang dikerjakan dalam waktu bersamaan, yakni : Dakwah, Taklim, Dzikir Ibadah, dan Khidmat.

Jaulah dibagi menjadi 2 bagian yakni : Di luar dan di dalam.
Di dalam masjid hidupkan amalan : Taklim dengan cara taqrir (menulang-ulang pentingnya amal agama dan kerja agama), Dzikir dikerjakan oleh seorang atau lebih mudzakir, dan khidmat dikerjakan oleh seorang atau lebih istiqbal.

Bagian yang di luar : Dalam surat Yasin diceritakan tentang jaulah Habb Annajar dimana beliau disyahidkan saat buat jaulah.
Tatkala Kami utus dua orang (Mutakallim dan Amir) QS Yasin : 14
Maka Kami kuatkan dengan yang ketiga (makmur) QS Yasin : 14
Dan datanglah seseorang dari pinggiran kota dengan tergesa-gesa (Dalil) QS Yasin : 20

Dengan dalil yang kuat serta adab-adab yang tinggi maka jaulah merupakan asbab hidayah bagi manusia, banyak orang yang terkesan dengan cara jaulah ini. Mereka datangi para pemabuk, rumah orang kaya, orang miskin, orang sakit, orang lapar, dll tak kesan dengan keadaan mad’u nya.